Drama Nora Elena betul-betul buat rakyat Malaysia demam, baik yg ada di dalam negara dan luar negara. Aku yg ada di luar negara ni pun sanggup menghadap drama ni online secara marathon setelah mendengar byk komen ttg drama ni. Drama kedua yg meninggalkan kesan selepas Nur Kasih. Rata-rata penonton terpesona dengan watak romantik sang suami yg sanggup buat apa saja utk isterinya yg tercinta. Satunya sifat lelaki yg sangat diimpikan oleh semua wanita. Tak kurang jugak yg terpana dengan ketampanan pelakon utamanya.
Aku?Pada awalnya niat nak menonton semata-mata hendak tau apa yg menarik tentang drama ini sehingga jd perbualan hangat. Dari yg memuji hingga la yang mengeji. Aku sependapat dengan beberapa org yg menganggap watak suami sebaik Seth Tan tu cuma khayalan indah saja tetapi tidak la smp membenci watak itu.
Dek kerana drama ini juga ada juga isteri-isteri yang mula komplen suami masing2 samada x romantik atau kurang romantik. Aku?Aku lagi. Perasaan aku setelah mengikuti drama ni. Aku mula menjadi seorang isteri yg tau bersyukur. Sebelum ini aku juga adakala seperti Nora Elena tidak peduli hendak menjaga hati suami walaupun tidak smp tahap membenci suami. Sebabnya? Masih marah dengan sejarah silam sebelum kami berkahwin. Bukan peristiwa hitam seperti Nora Elena, tidak sama sekali tapi kerana bermacam-macam dugaan dalam perhubungan kami sebelum berkahwin. Kami berdua difitnah dan cuba dipisahkan oleh orang-orang yang cemburu terutama sekali cemburu pada aku. Suami mempunyai reputasi yang sangat baik manakala reputasi aku agak tercalar. Kononnya suamiku perlu mencari wanita yg jauh lebih baik dariku sebagai isteri. Suami?Agak termakan hasutan pada awalnya tapi kekuatan cinta pandang pertama beliau dan kerana keyakinan aku untuk terus bersamanya dan paling penting jodoh mmg milik kami.Akhirnya kami bersatu.
Kami gembira dapat bersama tetapi hari demi hari hatiku dihasut syaitan dengan mengimbas semula setiap peristiwa yang melukakan hatiku sebelum kami berkahwin menyebabkan aku kurang menghormatinya sebagai suami malah sering mengungkit kesilapannya dlm perhubungan dulu walaupun hakikatnya kesilapan aku terhadapnya jauh lebih besar dari itu. Suami?Semakin hari semakin menyayangi aku dan melayan saja kerenahku walaupun adakala marah kerana kesilapannya diungkit.
Tapi drama ini telah menyedarkan aku betapa besarnya kasih sayang suami terhadap aku sehingga dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu menyayangi aku. Tidak ada jawapan untuk itu walaupun di pihaknya sendiri. Suami seorang yang romantik, x dinafikan, salah satu sebab aku jatuh cinta padanya dulu. Walau tidak sehensem dan seromantik watak Seth Tan yg bg aku romantik keterlaluan tp sikapnya cukup membuatkan aku terlalu mencintainya walaupun x pernah aku ungkap padanya.
Kalau Seth Tan dianggap suami yg tersangat baik, bagi aku suamiku jauh lebih baik dari itu. Bukan hendak memujinya secara berlebihan tetapi hanya aku dan dia yang tau kenapa aku mengatakan dia jauh lebih baik dari itu. Seorang lelaki yang tidak bersikap typical seperti lelaki melayu yang lain yg menganggap wanita yg mahu dijadikan isteri perlu sempurna seperti bidadari kerana bg beliau setiap manusia pernah membuat kesilapan dlm hidup. Cuma, menurut beliau, aku terpilih kerana di mata beliau aku cantik (bukan perasan ye, ni pengakuan beliau). Bagi beliau rupa paras tidak boleh diubah tetapi sikap dan kelakuan boleh dibentuk. Itu cuma pandangan peribadi beliau. Justeru beliau memilih isteri yg bg beliau cantik di matanya walaupun tidak setaraf dari segi kedudukan dan sebagainya.
Paling aku terharu, pengakuan ikhlas beliau tidak pernah menyesal mengahwini aku malah gembira hidup bersamaku. Beliau x pernah berjanji setinggi langit dan bersumpah bukan2 cuma pengakuan ikhlas itu membuat aku merasa sebagai isteri paling bahagia di dunia ini setelah melalui berbagai-bagai liku hidup sebelum bertemu dan setelah bertemu dengannya. Dia bukan saja pemberi kasih sayang tetapi bertindak sebagai pelindung bgku. Kehadiran cahayamata kami yang sangat comel juga menambahkan lagi kebahagian kami dan aku sentiasa berdoa kebahagiaan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa tanpa ada kedatangan pihak ketiga yang mengganggu.
Buat abang, terima kasih di atas kasih sayangmu. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi kamu dan terima kasih di atas segala-galanya. Love u forever! Restuilah aku sebagai seorang isteri dan doakanlah aku sentiasa menjadi isteri terbaik buatmu.
6 comments:
windu lalinkkku!
fullamak...romantik le dear...hu..hu...eh, bila ada blog ni?
tak pernah tgk pun cerita ni sebab takde masa, balik kerja dah terkejar² nak buat kerja rumah, baca novel dia je =)
shiela : me too!
azma : that's why i said kita isteri pun kena romantik. kita selalu mintak suami romantik tp kita x romantik pun. garang semacam je. blog dah lama la dear, x update je.
tina : u should. byk blog yg download drama ni.cerita ni bukan setakat utk berangan suami jd romantik mcm tu tp juga utk kita sbg isteri belajar menjadi romantik juga.
minat nora elena gak ke? wahh.. mmg best kan cter tu.. tp aimie tak brksmpatan pun nk tgk :(
boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
saya masuk GA CONTEST yg memerlukan your Free Comment :) Thx a lot
so sorry truly aimie diyanna benignant….baru bukak blog hari ni….so…baru terbaca your comment…anyway…x pe…if u need my help for vote or comment i'll do it some other time…sorry byk2...
Post a Comment