Search This Blog

Sunday, April 17, 2011

Pagi yg ujan.....



ari ni pg2 buta sejuk tp menjelang nak hantar budak2 gi skolah dah mula terasa panas...sbbnya si Leisth ni x nak gi skolah lg...haiyaaa...ari tu dah ok...ari ni wat perangai lak....mmg le...tp pedulik hape kan.....heret je....nak x nak blakang cite....ayarkkk..kijam le plak mak sorang ni....nak wat cmn..kalo ikut dia x nak gi skolah...hmmm...tp bukan salah dia pun ......dia kecik lg...baru 3 tahun..sape soh gatal anta dia  gi skolah cpt....cam Mikael lain le mmg dah umo skolah, mmg le dia ske gi skolah....ari ni kawan baru dia...new best friend le kiranya....anak kawan daddy, Hakim dgn Kak Zura da start sekolah...nama dia Aijaz...mesti Mikael suka coz now dah ada kawan from M'sia gak...kalo x sblm ni kawan dia sume international nye org....BTW, dia untung sebenarnya, kecik2 dah ada kawan dari mcm2 negara....mummy dulu...haaa...kawan la dgn sedara sebelah umah....mummy masa umur Mikael mana gi skolah...dah 6 tahun pun x gi gak sbb atok x mampu nak hantar gi tadika...nak hantar tadika kerajaan x de sapa nak ngantar...nenek bukannya jenis redah cam mummy walaupun dok negara sendiri, KL tu bg nenek dah susah nak bergerak, mummy ni bangsa main terjah je, pedulik hape den, kalo mummy x terjah2 ni bak kata daddy cmn nak independent, xkan sume nak depend dgn daddy je....tu pasal la mummy dulu darjah satu baru masuk sekolah....tu pun pegi sendiri, tumpang nyang su...x de hantar2 bagai ni...bila nyang su dah jd YB dab berhenti jd cikgu mummy kena gi skolah jln kaki...huhu...so, anak2 mummy sila enjoy pegi tadika sbb mummy dulu x merasa sekolah tadika walopon teringin.....huk..huk...
 

Friday, April 15, 2011

ari ni....

nak promote sket.....

Laparaskopik buang hempedu




Siti Nur Aisyah Razali, 17, pelajar SMK Perimbun, Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian perut. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak. Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Gadis itu dibawa ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. Namun kesakitan yang dialami Aisyah tidak juga reda. Hasil ujian ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu.
Oleh kerana keadaannya serius, pakar perubatan mencadangkan dia menjalani pembedahan membuang hempedu. Aisyah yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau penyakit berkaitan darah. Dia yang ditemui Mingguan Malaysia sejam sebelum pembedahan memberitahu, penyakit tersebut dihidapinya sejak sekolah rendah. Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak boleh bergiat aktif. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton.
Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.
Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM, Dr. HAO ditanya kes Aisyah memberitahu, gadis itu mengidap penyakit batu di dalam hempedu disebabkan sickle cell yang dideritainya sejak lama dulu. Beliau memberitahu, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.
Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. Walaupun kaedah laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu hempedu saja), namun menyaksikan sendiri Dr. H bersama pasukannya menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas.
Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. TGH dan Mejar Dr. NKS untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan lancar.
Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (Key-hole surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan. Kaedah itu, menurut Dr. H lebih baik kerana ia tidak melibatkan parut yang besar, lebih kosmetik dan cepat sembuh.
Fungsi hempedu
Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. H memberitahu, hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.
Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi.
''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya.
Menurut Dr. H, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.
Simptom batu dalam hempedu
Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu, Dr. H menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya.
Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. H memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu.
i. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.
ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.
Dr. H ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif.
''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.''
Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik.

Kristal yang menyakitkan





PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak.



Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.
Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. HO, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.

INILAH fizikal batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu yang gagal berfungsi dengan baik.


Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.
Beliau menjelaskan, terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan.



“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.
Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut.

BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi.


Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.
“Kerana itu, ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan,” katanya.
Tambah H, batu hempedu terdiri daripada tiga jenis iaitu batu hempedu kolesterol, pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat diketahui melalui warna.
“Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat, lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat,”
“Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak keras,” jelasnya.
Bagi batu bercampur pula, kriterianya mirip kedua-dua batu tadi. Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium tinggi.
Justeru, tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu, ia perlu dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan terlekat pada salur hempedu.
Rawatan
Proses bagi membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah kolesistektomi laparoskopik .
“Di PPUKM, kami menggunakan kolesistektomi laparoskopik iaitu dengan memasukkan kamera melalui luka di bahagian pusat dan tiga lagi luka kecil di bahagian atas abdomen untuk mengeluarkan pundi hempedu berkenaan,” jelas H.
Tambahnya, kaedah pembedahan lubang kekunci tersebut memiliki beberapa kelebihan iaitu ia lebih selamat, kurang meninggalkan kesan parut dan tempoh pemulihan yang lebih pantas.
Pencegahan
Corak dan gaya hidup adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu.
“Ia melibatkan cara hidup kita, terutama melibatkan aspek pemakanan. Hanya itu caranya untuk mencegah kewujudan batu hempedu tepu kolesterol dalam pundi,” tegas H.
Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan segera, berminyak dan berlemak adalah penyumbang utama dalam masalah pundi hempedu ini
Disebabkan faktor tersebut, mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di negara Barat.
Dalam pada itu, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan jus hempedu yang dikeluarkan setiap hari boleh menampung keperluan badan.
Walaupun hempedu dibuang, H menjelaskan tiada kesan sampingan pada sistem tubuh manusia biarpun dengan ketiadaan organ tersebut.

so, sapa2 yg ada problem dgn hempedu atau hati, anytime i bleh tolong refer kat mamat ni dgn kadar segera.....hihi (tp still kena pegi spital la yek!)...sekian...

Wednesday, April 6, 2011

INGATKAN......

hari ni nak letak post masa Leisth lahir plak tp surf cari gambar kat iphoto library x de lak...rasanya dlm lappy daddy dia kot....lappy dia kat office lak...nnt la dia bawak balik lappy dia baru upload...kalo nak upload terus gambar Houd mcm x aci lak coz x ikut turutan....dah lama x update blog ni....dok lepak kat GHMB je...kalo bley bersawang dan berkulat dah lama dah kot bersawang dan berkulat.....ari ni x de apa nak cite pun coz x de apa menarik cuma ari ni berperang dgn 2 hero coz Leisth x pegi sekolah, demam dan batuk. Kalau budak demam biasa la, mcm2 la merengek. 
           Ari ni cuba menahan diri dari melepak kat GHMB. Bukan x suka, bila dah mula, melekat, susah nak angkat bontot dari kerusi ni. Selalu tinggal berdua dgn Houd, x de benda sgt nak buat, boleh la lepak2. Bila Leisth ada, biasa la kan, kejap dorang gaduh la, berebut mainan la. Actually nak upload gambar masa pegi Zoo Seoul ari tu tp mcm amik masa je...kena masa tenang2 sket....nak hadap internet memlm sure berebut lappy dgn Mr. Hubby coz dia tgh sibuk belajar bahasa korea kat Arirang channel. Dia mmg kena aaa sbb hari2 keje dgn korean....impressed dgn dia coz dia sgt rajin dan dah byk ayat2 korean yg dia boleh ckp. No wonder masa dia buat elective kat Germany dulu dia bley blaja ckp German smp superb. Kawan dia yg mmg org German pun impressed. Bukan mcm madam wifey dia yg pemalas ni. Buang masa je pandai. Tu pasal le x pandai2....pelik kan...patutnya dah influence dah dgn kerajinan dia tu selama kawin ni. Sejak anak sekolah ni kalo ikutkan dah rajin sikit dari dulu. Dulu lg le malas...kuat tido, tgk tv, main internet. Eiii aiii, bila la nak berubah ni. Go...go...go...lepas ni kena lebih rajin cam Mr. Hubby.

Saturday, April 2, 2011

The day Mikael was born.

tadaaaaa..gimmick je tu...pegi spital x naik ambulan pun...yg hensem posing depan ambulan tu anak buah my hub's yg dulu2 digossip2 konon2 anak dia....cett.....hampes je budak2 yg menggossip tu kan....x tau jgn le pandai2 wat citer...sgt jahat mulut itu org....sian hazeem kan...x pasal2 jd anak pak long.....hihihi....(hope that ppl yg bergossip tu baca ni kan!)...saja la tu nak suruh i tinggalkan my bf (my hub's la tu) masa tu sbb takut i kawin dgn mr. doc....jeles...jeles...sgt jeles okeh.....this is my mr. hub's aka mr. doc's 1st child......bawah okeh...bukan kat atas tu.....

hensem x?hensem x?......ada lg.....

Add caption







ayarkkk...x sensored plak....


guna kiwi vacuum coz cord round neck dah....tp alhamdulillah sume ok...thanks Prof Za

Daddy happy dpt dukung anak sendiri...selalu dukung anak org je....





Mak Wan excited tgk Mikael yg ditunggu2....


Sedap dia tido kan?








Tgh get ready nak balik rumah....








Dah sampai rumah...yeayyy...ada hadiah lg tunggu atas katil....huhu




Mikael masa kat dalam, the 1st 3D image in KL masa tu...sanggup redah National Cancer Institute masa tu sbb sume O&G belum ada lg scan 3D ni....sib baik prof Sulaiman Tamanang radiologist tu sanggup nak tulun wat scan walopon dia bukan obstetrician....thanks Prof.....

Friday, April 1, 2011

My precious!

Ari ni nak post something yg x de kena mengena pun dgn previous post....it's suppose to be the intro tp since the intro pun dah merepek2kan...citer dari kecik la...malas la nak cite dari kecik, penat okeh...just wanna introduce my precious 'harta' in this world to u guys......below is
                                                                                

My Mr. Hub's (sengaja letak gambar cover muka okeh!) Secret sgt la tu








                                                                     next one.......
                                                                                 
That's me (hohoh, masuk list gak!) Of course la, happy family kan!


                       

                                                                           next........


My eldest son (abg hensem no 1). Mikael.


                                                                        next..........


My 2nd son (abg hensem no 2). Leisth.



                                                                               next.......


My 3rd one (kecik hensem). Houd.




can u see that? I'm the only girl in the family, x aci kan, my hub's  nye geng semuanya, hoping this coming soon to be my geng plak. Belum scan lg latest ni, tgh nervous tunggu ni. Nnt dah scan I post gambar candid dia kat sini okeh.....