Search This Blog

Sunday, May 13, 2012

Kindy Issues!

Setelah sekian lama x melayari blog ini yg ntah hape2…hari ni tetiba rasa nak buat entry. Nak kata topik panas x la jugak tp bg sesetengah org mungkin agar panas la kot. This is my personal opinion, sesapa nak kondem silakan, it won't hurt me insyaAllah. Tiba2 hari ni saja2 surf pasal my children's kindy. As parents of course we're looking for the best place. Bukan kami je ibubapa lain pun. But, what we think is the best might not be the best for other parents. It depends on our personal point of view. Having children going to preschool overseas and locally has made us thinking the best for the kids. Not only in academics but also for the holistic development. Most of the parents have a very high expectation on the children, to be the best among all children. We do have the same dream BUT….one thing that we realize, we shouldn't sacrifice their childhood for the sake of being the so called "BEST PARENTS IN THE WORLD". Having a great kid in academics but 'sick' inside would be a nightmare to any parents. We do not want to feel sorry by straining the kids to be the most genius child. So, we decided (I  actually decided but my husband agreed) to send them to the place that nurture their ability by themselves guided by the teachers. I believe in pedagogy concept since I know my children's ability. Yes, they still have to learn how to read, how to write, how to count but I don't expect them to be the best among their peer. It's good enough if they can think out of the box and learn how to survive. I still expect them to be genius but not the most genius. I don't want them to loose the happiness being children. 
     Having read some of the parents complaining that their children didn't learn much at preschool, I feel sorry for them. Preschool is the place where they learn how to socialize, not to be the best student. Preschool is just the starting point for them. They don't need those kind of pressure in the early age. Being educated parents are very stressful for us. Everyone expect the best from the kids. I believe it would be more stressful to my husband since he was a genius student in school. People expect the kids would be as genius as him. They are! (I'm not saying this because they're my children, it's because they can even think better than me sometimes). 
      Whatever it is, I believe that children's early education starts at home, not at school. I never expect the teachers to teach my kids everything including manners. It should be started at home. Mom and dad are the most responsible people in nurturing the kids to be good and excellent. For some parents, when the kids go to school, they only expect the kids to bring all A's in the report card without having any intention to ask the kids how do they feel everyday. That's what I'm doing now, asking them everyday if they are happy with their life today, if they're not I will ask 'WHY?'. It's not always late to start something good. Let's do it together from now on rather then asking what did you learn today. The kids nowadays are living in a very challenging era. They need us more than their teachers. The teachers are only helping our kids, they're not bringing up the kids. And stop blaming the school and teachers if your kids are not behaving well or not learning well. If they do, it's our mistake. Not others. May we have a strength to bring up a good Muslim and Muslimah, insyaAllah!

Wednesday, January 4, 2012

Siapa yg berdosa sebenarnya ni?????????????

yang buat salah tu dah tentulah berdosa, yang tukang sebar pun tumpang buat dosa (kalau x betul lg la besar dosa, dah jd fitnah), yg tukang kutuk pun sama gak berdosa (walaupun atas alasan nak menegur, kalau nak tegur tegurlah secara terus-terang pada empunya badan secara baik, jgn main hentam org sbb nak tunjuk bagus sbb kita pun belum tentu lg baiknya)...maka dgn itu, sama2 la berkongsi dosa ye...kita kata org x baik, kita pun 2x5 je....

*mari kita renung2kan dan selamat beramal (pinjam kata2 prof izi)

Monday, January 2, 2012

1st entry of 2012

Hmmm…dah agak lama x bukak blog….hari ni baru berkesempatan terjah blog sendiri…dashummm!!!!!!ari ni mencuba lg buat island pancake atau chalhoddeok. Setelah beberapa kali mencuba tp asik x jd+kena komen gila2 dgn hubby…maka hari ini secara rasminya dah terer buat island pancake tu. 


    Masa mula2 buatnya, mmg x jd langsung, dgn doh melekat2, dgn inti x bleh masuk byk..mmg sgt x smp hati nak mkn…org lain lg la x smp hati kalau yg buatnya pun x smp hati. huhu……org yg paling byk mengutuk. seperti biasa. Kalo kena kritik dgn dia mmg x sah kalau x menangis. Dia siap tanya x tgk ke mcmn makcik jual chalhoddoek tu buat?adui la…mmg tgk tp x la intai betul2 mcmn dia buat.


   Kali kedua buat, cuba gunakan air nak elakkan doh melekat. x jd jugak. kena kutuk lg dan lg….. Dia kata guna la minyak baru x melekat. Mmg smp merajuk dan tinggalkan doh dah inti tu kat dapur dan suruh dia buat sendiri. Dia buat la tp baru dua keping dia dah tinggal tp dia x komplen susah but i know it was. kalo senang mesti dah abiskan doh tu kan. At last, si minah yg kena kutuk ni la jugak yg habiskan doh tu dgn formula dia tp still melekat2 jugak. May be sbb masa tu takut2 nak guna minyak byk2 kot. But it was better than the first trial.


   And today, I've tried it out for the 3rd time. YAHOOOOOO!!!!!!sgt menjadi sbb kali ni mmg dah x segan2 guna minyak lg dan mmg doh tu x melekat langsung dan berjaya letak inti secukupnya. Rupa pun dah cantik sikit dari sblm2 ni. Dia buat hari tu lg teruk tau yg 2 keping tu. Macam kena gelek steamroll….hahahah…..so hari ni dpt 2 pelajaran yg sgt berguna walaupun dah tua2 bangka ni.


   Pertama , jgn jemu mencuba. Walau asik x jd walau asik kena kutuk tp mesti cuba smp jd yg terbaik. Nnt org yg mengutuk tu akan gigit jari. BTW, still very thankful kepada yg mengutuk tu sbb tu nama dia kutukan yg membina…hehe…nasib hubby kan…kalo boyfriend, mmg la……


   Yang kedua, yg ni ditujukan utk hubbyku tersayang. Lain kali nak kutuk tu cermin diri sendiri dulu ye. Jadi boss ni mmg best, bg arahan je tp nak bg arahan tu, yg tukang arah tu pun kena pandai buat jugak. Jangan nnt sendiri jd bahan kutukan balik…..kan…..kan….kan….Tp inilah kata2 komandan kem bina semangat tahun 1996 dulu ttg ciri2 pemimpin yg baik. Mesti mampu melakukan setiap arahan yg diberi kepada anak buah. Disebabkan satu ayat ini la smp sekarang sgt la x berani nak cuba jd ketua atau berusaha jd ketua. Bukan senang ooooo jd ketua. Jd, pada sapa2 berpangkat anak buah tu jgn sesekali mengondem ketua anda sesuka hati kerana ketua anda itu mungkin layak berada di tmptnya kerana kemampuan dia. Lain le kalo boss tu mmg jenis bossy tp habuk pun tarak….haaaa..tu boleh kutuk…..hik…hik….




Sekian entry ari ni…panjang berjela gak…ingat nak wat pendek jek….baiiiiiii!!!!!!!
     

Wednesday, June 15, 2011

Demam Nora Elena....

 Drama Nora Elena betul-betul buat rakyat Malaysia demam, baik yg ada di dalam negara dan luar negara. Aku yg ada di luar negara ni pun sanggup menghadap drama ni online secara marathon setelah mendengar byk komen ttg drama ni. Drama kedua yg meninggalkan kesan selepas Nur Kasih. Rata-rata penonton terpesona dengan watak romantik sang suami yg sanggup buat apa saja utk isterinya yg tercinta. Satunya sifat lelaki yg sangat diimpikan oleh semua wanita. Tak kurang jugak yg terpana dengan ketampanan pelakon utamanya.

  Aku?Pada awalnya niat nak menonton semata-mata hendak tau apa yg menarik tentang drama ini sehingga jd perbualan hangat. Dari yg memuji hingga la yang mengeji. Aku sependapat dengan beberapa org yg menganggap watak suami sebaik Seth Tan tu cuma khayalan indah saja tetapi tidak la smp membenci watak itu.

  Dek kerana drama ini juga ada juga isteri-isteri yang mula komplen suami masing2 samada x romantik atau kurang romantik. Aku?Aku lagi. Perasaan aku setelah mengikuti drama ni. Aku mula menjadi seorang isteri yg tau bersyukur. Sebelum ini aku juga adakala seperti Nora Elena tidak peduli hendak menjaga hati suami walaupun tidak smp tahap membenci suami. Sebabnya? Masih marah dengan sejarah silam sebelum kami berkahwin. Bukan peristiwa hitam seperti Nora Elena, tidak sama sekali tapi kerana bermacam-macam dugaan dalam perhubungan kami sebelum berkahwin. Kami berdua difitnah dan cuba dipisahkan oleh orang-orang yang cemburu terutama sekali cemburu pada aku. Suami mempunyai reputasi yang sangat baik manakala reputasi aku agak tercalar. Kononnya suamiku perlu mencari wanita yg jauh lebih baik dariku sebagai isteri. Suami?Agak termakan hasutan pada awalnya tapi kekuatan cinta pandang pertama beliau dan kerana keyakinan aku untuk terus bersamanya dan paling penting jodoh mmg milik kami.Akhirnya kami bersatu.

   Kami gembira dapat bersama tetapi hari demi hari hatiku dihasut syaitan dengan mengimbas semula setiap peristiwa yang melukakan hatiku sebelum kami berkahwin menyebabkan aku kurang menghormatinya sebagai suami malah sering mengungkit kesilapannya dlm perhubungan dulu walaupun hakikatnya kesilapan aku terhadapnya jauh lebih besar dari itu. Suami?Semakin hari semakin menyayangi aku dan melayan saja kerenahku walaupun adakala marah kerana kesilapannya diungkit.

  Tapi drama ini telah menyedarkan aku betapa besarnya kasih sayang suami terhadap aku sehingga dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu menyayangi aku. Tidak ada jawapan untuk itu walaupun di pihaknya sendiri. Suami seorang yang romantik, x dinafikan, salah satu sebab aku jatuh cinta padanya dulu. Walau tidak sehensem dan seromantik watak Seth Tan yg bg aku romantik keterlaluan tp sikapnya cukup membuatkan aku terlalu mencintainya walaupun x pernah aku ungkap padanya.

    Kalau Seth Tan dianggap suami yg tersangat baik, bagi aku suamiku jauh lebih baik dari itu. Bukan hendak memujinya secara berlebihan tetapi hanya aku dan dia yang tau kenapa aku mengatakan dia jauh lebih baik dari itu. Seorang lelaki yang tidak bersikap typical seperti lelaki melayu yang lain yg menganggap wanita yg mahu dijadikan isteri perlu sempurna seperti bidadari kerana bg beliau setiap manusia pernah membuat kesilapan dlm hidup. Cuma, menurut beliau, aku terpilih kerana di mata beliau aku cantik (bukan perasan ye, ni pengakuan beliau). Bagi beliau rupa paras tidak boleh diubah tetapi sikap dan kelakuan boleh dibentuk. Itu cuma pandangan peribadi beliau. Justeru beliau memilih isteri yg bg beliau cantik di matanya walaupun tidak setaraf dari segi kedudukan dan sebagainya.

    Paling aku terharu, pengakuan ikhlas beliau tidak pernah menyesal mengahwini aku malah gembira hidup bersamaku. Beliau x pernah berjanji setinggi langit dan bersumpah bukan2 cuma pengakuan ikhlas itu membuat aku merasa sebagai isteri paling bahagia di dunia ini setelah melalui berbagai-bagai liku hidup sebelum bertemu dan setelah bertemu dengannya. Dia bukan saja pemberi kasih sayang tetapi bertindak sebagai pelindung bgku. Kehadiran cahayamata kami yang sangat comel juga menambahkan lagi kebahagian kami dan aku sentiasa berdoa kebahagiaan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa tanpa ada kedatangan pihak ketiga yang mengganggu.

   Buat abang, terima kasih di atas kasih sayangmu. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi kamu dan terima kasih di atas segala-galanya. Love u forever! Restuilah aku sebagai seorang isteri dan doakanlah aku sentiasa menjadi isteri terbaik buatmu.

Sunday, April 17, 2011

Pagi yg ujan.....



ari ni pg2 buta sejuk tp menjelang nak hantar budak2 gi skolah dah mula terasa panas...sbbnya si Leisth ni x nak gi skolah lg...haiyaaa...ari tu dah ok...ari ni wat perangai lak....mmg le...tp pedulik hape kan.....heret je....nak x nak blakang cite....ayarkkk..kijam le plak mak sorang ni....nak wat cmn..kalo ikut dia x nak gi skolah...hmmm...tp bukan salah dia pun ......dia kecik lg...baru 3 tahun..sape soh gatal anta dia  gi skolah cpt....cam Mikael lain le mmg dah umo skolah, mmg le dia ske gi skolah....ari ni kawan baru dia...new best friend le kiranya....anak kawan daddy, Hakim dgn Kak Zura da start sekolah...nama dia Aijaz...mesti Mikael suka coz now dah ada kawan from M'sia gak...kalo x sblm ni kawan dia sume international nye org....BTW, dia untung sebenarnya, kecik2 dah ada kawan dari mcm2 negara....mummy dulu...haaa...kawan la dgn sedara sebelah umah....mummy masa umur Mikael mana gi skolah...dah 6 tahun pun x gi gak sbb atok x mampu nak hantar gi tadika...nak hantar tadika kerajaan x de sapa nak ngantar...nenek bukannya jenis redah cam mummy walaupun dok negara sendiri, KL tu bg nenek dah susah nak bergerak, mummy ni bangsa main terjah je, pedulik hape den, kalo mummy x terjah2 ni bak kata daddy cmn nak independent, xkan sume nak depend dgn daddy je....tu pasal la mummy dulu darjah satu baru masuk sekolah....tu pun pegi sendiri, tumpang nyang su...x de hantar2 bagai ni...bila nyang su dah jd YB dab berhenti jd cikgu mummy kena gi skolah jln kaki...huhu...so, anak2 mummy sila enjoy pegi tadika sbb mummy dulu x merasa sekolah tadika walopon teringin.....huk..huk...
 

Friday, April 15, 2011

ari ni....

nak promote sket.....

Laparaskopik buang hempedu




Siti Nur Aisyah Razali, 17, pelajar SMK Perimbun, Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian perut. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak. Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Gadis itu dibawa ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. Namun kesakitan yang dialami Aisyah tidak juga reda. Hasil ujian ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu.
Oleh kerana keadaannya serius, pakar perubatan mencadangkan dia menjalani pembedahan membuang hempedu. Aisyah yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau penyakit berkaitan darah. Dia yang ditemui Mingguan Malaysia sejam sebelum pembedahan memberitahu, penyakit tersebut dihidapinya sejak sekolah rendah. Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak boleh bergiat aktif. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton.
Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.
Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM, Dr. HAO ditanya kes Aisyah memberitahu, gadis itu mengidap penyakit batu di dalam hempedu disebabkan sickle cell yang dideritainya sejak lama dulu. Beliau memberitahu, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.
Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. Walaupun kaedah laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu hempedu saja), namun menyaksikan sendiri Dr. H bersama pasukannya menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas.
Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. TGH dan Mejar Dr. NKS untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan lancar.
Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (Key-hole surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan. Kaedah itu, menurut Dr. H lebih baik kerana ia tidak melibatkan parut yang besar, lebih kosmetik dan cepat sembuh.
Fungsi hempedu
Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. H memberitahu, hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.
Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi.
''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya.
Menurut Dr. H, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.
Simptom batu dalam hempedu
Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu, Dr. H menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya.
Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. H memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu.
i. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.
ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.
Dr. H ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif.
''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.''
Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik.

Kristal yang menyakitkan





PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak.



Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.
Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. HO, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.

INILAH fizikal batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu yang gagal berfungsi dengan baik.


Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.
Beliau menjelaskan, terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan.



“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.
Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut.

BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi.


Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.
“Kerana itu, ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan,” katanya.
Tambah H, batu hempedu terdiri daripada tiga jenis iaitu batu hempedu kolesterol, pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat diketahui melalui warna.
“Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat, lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat,”
“Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak keras,” jelasnya.
Bagi batu bercampur pula, kriterianya mirip kedua-dua batu tadi. Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium tinggi.
Justeru, tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu, ia perlu dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan terlekat pada salur hempedu.
Rawatan
Proses bagi membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah kolesistektomi laparoskopik .
“Di PPUKM, kami menggunakan kolesistektomi laparoskopik iaitu dengan memasukkan kamera melalui luka di bahagian pusat dan tiga lagi luka kecil di bahagian atas abdomen untuk mengeluarkan pundi hempedu berkenaan,” jelas H.
Tambahnya, kaedah pembedahan lubang kekunci tersebut memiliki beberapa kelebihan iaitu ia lebih selamat, kurang meninggalkan kesan parut dan tempoh pemulihan yang lebih pantas.
Pencegahan
Corak dan gaya hidup adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu.
“Ia melibatkan cara hidup kita, terutama melibatkan aspek pemakanan. Hanya itu caranya untuk mencegah kewujudan batu hempedu tepu kolesterol dalam pundi,” tegas H.
Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan segera, berminyak dan berlemak adalah penyumbang utama dalam masalah pundi hempedu ini
Disebabkan faktor tersebut, mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di negara Barat.
Dalam pada itu, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan jus hempedu yang dikeluarkan setiap hari boleh menampung keperluan badan.
Walaupun hempedu dibuang, H menjelaskan tiada kesan sampingan pada sistem tubuh manusia biarpun dengan ketiadaan organ tersebut.

so, sapa2 yg ada problem dgn hempedu atau hati, anytime i bleh tolong refer kat mamat ni dgn kadar segera.....hihi (tp still kena pegi spital la yek!)...sekian...

Wednesday, April 6, 2011

INGATKAN......

hari ni nak letak post masa Leisth lahir plak tp surf cari gambar kat iphoto library x de lak...rasanya dlm lappy daddy dia kot....lappy dia kat office lak...nnt la dia bawak balik lappy dia baru upload...kalo nak upload terus gambar Houd mcm x aci lak coz x ikut turutan....dah lama x update blog ni....dok lepak kat GHMB je...kalo bley bersawang dan berkulat dah lama dah kot bersawang dan berkulat.....ari ni x de apa nak cite pun coz x de apa menarik cuma ari ni berperang dgn 2 hero coz Leisth x pegi sekolah, demam dan batuk. Kalau budak demam biasa la, mcm2 la merengek. 
           Ari ni cuba menahan diri dari melepak kat GHMB. Bukan x suka, bila dah mula, melekat, susah nak angkat bontot dari kerusi ni. Selalu tinggal berdua dgn Houd, x de benda sgt nak buat, boleh la lepak2. Bila Leisth ada, biasa la kan, kejap dorang gaduh la, berebut mainan la. Actually nak upload gambar masa pegi Zoo Seoul ari tu tp mcm amik masa je...kena masa tenang2 sket....nak hadap internet memlm sure berebut lappy dgn Mr. Hubby coz dia tgh sibuk belajar bahasa korea kat Arirang channel. Dia mmg kena aaa sbb hari2 keje dgn korean....impressed dgn dia coz dia sgt rajin dan dah byk ayat2 korean yg dia boleh ckp. No wonder masa dia buat elective kat Germany dulu dia bley blaja ckp German smp superb. Kawan dia yg mmg org German pun impressed. Bukan mcm madam wifey dia yg pemalas ni. Buang masa je pandai. Tu pasal le x pandai2....pelik kan...patutnya dah influence dah dgn kerajinan dia tu selama kawin ni. Sejak anak sekolah ni kalo ikutkan dah rajin sikit dari dulu. Dulu lg le malas...kuat tido, tgk tv, main internet. Eiii aiii, bila la nak berubah ni. Go...go...go...lepas ni kena lebih rajin cam Mr. Hubby.