nak promote sket.....
Laparaskopik buang hempedu
Oleh  NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto  ZAKARIA IDRIS 
Siti Nur Aisyah Razali, 17, pelajar SMK Perimbun, Batu 10, Cheras,  Kuala Lumpur. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat  sangat di bahagian perut. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak.  Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Gadis itu dibawa  ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. Namun kesakitan  yang dialami Aisyah tidak juga reda. Hasil ujian 
ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu.
Oleh kerana keadaannya serius, pakar perubatan mencadangkan dia  menjalani pembedahan membuang hempedu. Aisyah yang dimasukkan ke  hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau  penyakit berkaitan darah. Dia yang ditemui 
Mingguan Malaysia  sejam sebelum pembedahan memberitahu, penyakit tersebut dihidapinya  sejak sekolah rendah. Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak  boleh bergiat aktif. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak  mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton.
Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan  supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung  kesakitan.
Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM, Dr. HAO ditanya kes Aisyah memberitahu, gadis itu mengidap penyakit batu  di dalam hempedu disebabkan 
sickle cell yang dideritainya sejak  lama dulu. Beliau memberitahu, individu yang mempunyai penyakit  berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.  
Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur  membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. Walaupun kaedah  laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu  hempedu saja), namun menyaksikan sendiri Dr. H bersama pasukannya  menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas.
Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. TGH dan Mejar Dr.  NKS untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan  lancar. 
Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (
Key-hole surgery)  di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan  peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan.  Kaedah itu, menurut Dr. H lebih baik kerana ia tidak melibatkan  parut yang besar, lebih kosmetik dan cepat sembuh. 
Fungsi hempedu
Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. H memberitahu, hempedu  bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu  dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi  hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi  hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu. 
Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. 
''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu  di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam  pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih  likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya. 
Menurut Dr. H, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan  dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom  tersebut berulang.
Simptom batu dalam hempedu 
Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu,  Dr. H menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang  penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit  radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah  kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat  sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan  makanan berlemak yang berlebihan.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu  hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir  sahaja yang melaluinya. 
Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. H memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu. 
i. Kesakitan biliari kolik (
biliary colic) yang dirasai  selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu  berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan  mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan  lemak. 
ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami  disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang  tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami  adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik. 
Dr. H ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami  simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang  susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif. 
''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan  tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.''
Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang  itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal  daripada mengalami sakit biliari kolik.
Kristal yang menyakitkan 
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
 
PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung  kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati.  Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh  tubuh bagi penghadaman lemak. 
Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi  hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup  berbahaya. 
Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan  Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. HO, kesakitan  yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa  sehingga ke tulang belikat. 
|  | 
| 
 INILAH fizikal  batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu yang gagal berfungsi dengan baik.  
 | 
Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu  berkenaan. Ini  berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu  pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan  menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.  
Beliau menjelaskan, terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam  pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi  dalam badan. 
“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi  tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu  menjadi batu,” ujarnya.
Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut  bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila  seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut  untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak  tersebut.  
|  | 
| 
 BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi.  
 | 
Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan  berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu   tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada  usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis. 
“Kerana itu, ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan,” katanya. 
Tambah H, batu hempedu  terdiri daripada tiga jenis iaitu batu  hempedu kolesterol, pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat  diketahui melalui warna. 
“Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat, lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat,” 
“Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit  berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak  keras,” jelasnya. 
Bagi batu bercampur  pula, kriterianya mirip kedua-dua batu tadi.   Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan  oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium  tinggi.
Justeru, tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu, ia perlu  dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan  terlekat pada salur hempedu.
Rawatan  
Proses bagi  membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di  dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah  kolesistektomi laparoskopik . 
“Di PPUKM, kami menggunakan  kolesistektomi laparoskopik iaitu dengan  memasukkan kamera melalui luka di bahagian pusat dan tiga lagi luka  kecil di bahagian atas abdomen untuk mengeluarkan pundi hempedu  berkenaan,” jelas H.
Tambahnya, kaedah pembedahan lubang kekunci  tersebut memiliki  beberapa kelebihan iaitu ia lebih selamat, kurang meninggalkan kesan  parut dan tempoh pemulihan yang lebih pantas. 
Pencegahan 
Corak dan gaya hidup  adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu.
“Ia melibatkan cara hidup kita, terutama melibatkan aspek pemakanan.  Hanya itu  caranya untuk mencegah kewujudan batu hempedu tepu kolesterol  dalam pundi,” tegas H. 
Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan  segera, berminyak dan berlemak adalah penyumbang utama dalam masalah  pundi hempedu ini 
Disebabkan faktor tersebut, mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus   daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu  terutama di negara Barat. 
Dalam pada itu, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan jus hempedu yang dikeluarkan setiap hari boleh menampung keperluan badan. 
Walaupun hempedu dibuang, H menjelaskan tiada kesan sampingan  pada sistem tubuh manusia  biarpun dengan ketiadaan organ tersebut.
so, sapa2 yg ada problem dgn hempedu atau hati, anytime i bleh tolong refer kat mamat ni dgn kadar segera.....hihi (tp still kena pegi spital la yek!)...sekian...